PENGENALAN MASAKAN MELAYU

Masakan Melayu adalah masakan orang melayu dari Malaysia , Indonesia Singapura dan Brunei yang dahulunya merupakan gugusan kepulauan melayu atau di kenali sebagai Nusantara. Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan tradisional yang tersendiri - contohnya Terengganu dan Kelantan terkenal dengan Nasi Dagang, Nasi kerabu dan keropok lekor, Negeri Sembilan dengan Gulai lemak cili api, Pahang  dan Perak dengan Gulai Tempoyak ikan Patin dengan Asam Laksa dan Gulai Nangka, Melaka dengan Asam Pedas, Johor dengan Mi Bandung , Riau dengan hidangan ikan Patin;Gulai ikan patin dan Asam Pedas ikan patin, Melayu Deli di Medan Sumatera Utara terkenal dengan Nasi Goreng teri Medan dan Gulai Ketam dan Brunei dengan hidangan Ambuyat.
Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.
Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi  makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk penyucian diri) Tidak dapat dipastikan bila tradisi masakan Melayu mula wujud, tetapi rekod terawal yang ada adalah dari abad ke-15 apabila Kesultanan Melaka menjadi pusat perdagangan penting di Kepulauan Melayu. namun begitu, keaslian dan tradisi makanan melayu juga di percayai telah wujud sebelum kesultanan melayu melaka kerana kewujudan makanan tidak boleh di ukur seiring dengan kewujudan empayar sesebuah kerajaan tetapi di ukur dengan kewujudan masyarakat atau kelompok manusia. hal ini kerana makanan dan manusia tidak dapat dipisahkan. namun begitu, tiada catatan yang khusus boleh di jadikan rujukan akademik dalam menilai kewujudan makanan melayu.


 
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang
mempunyai pelbagai budaya yang agak unik.
antaranya, ialah budaya makanan.
Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina, dan India
berjaya menyatukan pelbagai hidangan
kepada hidangan malaysia.
Budaya makanan melayu mempunyai keunikan yang
tersendiri.
Bagi budaya makanan masyarakat melayu,
pelbagai lauk pauk tidak dapat disempurnakan,
jika tidak diiringi dengan sajian nasi.
Nasi merupakan makanan utama rakyat Malaysia
dan masyarakat melayu amnya.

    No comments:

    Post a Comment