PIRAMID MAKANAN

Image result for piramid makanan 

Pengenalan
  • Piramid Makanan Malaysia merupakan satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.
  • Makanan seimbang mengandungi kombinasi pelbagai jenis makanan untuk memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Tiada satu pun makanan tunggal yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan. Tubuh memerlukan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang berbeza untuk memelihara kesihatan.
  • Piramid Makanan Malaysia mempunyai gabungan lima (5) kumpulan makanan yang diletakkan pada empat (4) aras. Selain daripada jenis kumpulan makanan, piramid makanan juga menyatakan jumlah sajian yang disarankan untuk diambil dalam sehari bagi setiap kumpulan makanan.
  • Bentuk piramid yang lebih besar di bahagian bawah dan semakin mengecil ke atas menggambarkan kepada individu perlu mengambil makanan yang lebih banyak pada bahagian bawah (dasar) piramid dan makan sedikit makanan-makanan pada aras paling atas (puncak) piramid.
 KUMPULAN MAKANAN DAN ARAS

Aras 4 (puncak)
Lemak, minyak, gula dan garam
Makan sedikit
  Aras 3
Ikan, ayam, daging dan kekacang
Makan sederhana
  ½ – 2 sajian ayam, daging dan telur sehari
1 sajian ikan sehari
½ –  1 sajian kekacang sehari
  1 – 3 sajian sehari susu dan produk tenusu.
  Aras 2
Sayur-sayuran dan buah-buahan
Makan banyak
  Sayur- sayuran : 3 sajian sehari
Buah-buah : 2 sajian sehari
  Aras 1 (dasar piramid)
Nasi, mee, roti dan sumber biji-bijirin dan ubi-ubian
Makan secukupnya
   4 – 8 sajian sehari

Jumlah sajian yang disarankan berdasarkan keperluan kalori

Kumpulan Makanan 1500 kkal/hari  1 2000 kkal/hari  2 2500 kkal/hari  3
Bijirin 4 sajian 6 sajian 8 sajian
Buah-buahan 2 sajian 2 sajian 2 sajian
Sayur-sayuran 3 sajian 3 sajian 3 sajian
Daging/Ayam
Ikan
Kekacang
½ sajian
1 sajian
½ sajian
1 sajian
1 sajian
1 sajian
2 sajian
1 sajian
1 sajian
Susu dan produk tenusu 1 sajian 2 sajian 3 sajian
1 Sesuai bagi wanita yang tidak aktif dan warga emas

2 Sesuai bagi kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang sederhana aktif dan lelaki yang tidak aktif
3 Sesuai bagi lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan wanita serta lelaki yang kurang berat badan


No comments:

Post a Comment